Tentang Kami
Yang Inginkan Fa’izin
latar belakang
Menyedari potensi penuh anak-anak kita
Yayasan Imanulfai’zin(YIF) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) pada 30 Oktober 2018 yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup dan sosial masyarakat Malaysia yang memerlukan peruntukan kewangan dan memberikan sokongan moral Masyarakat.
Di samping itu, YIF bertujuan memberikan dan /atau menyedia pelbagai perkhidmatan Kebajikan, perlindungan, Kesihatan dan Pendidikan kepada golongan Ibu Tunggal, anak yatim, fakir miskin dan muallaf yang memerlukan dengan Kerjasama badan-badan Kerajaan ataupun bukan Kerajaan. Seterusnya YIF juga membantu menggalakkan pengamalan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian.
Visi Kami
Menjadi sebuah yayasan yang cekap dan berkesan di dalam melahirkan “Masyarakat Al- Fa’izin”
Misi Kami
Melaksanakan tanggungjawab membantu meningkatkan taraf hidup di samping memberikan bantuan, sokongan dan sumbangan Kebajikan, Pendidikan dan Kemanusiaan secara berterusan serta penggalakan pengamalan nilai-nilai Keagamaan.
ObjeKtif
Membantu meningkatkan taraf hidup dan sosial masyarakat Malaysia yang memerlukan peruntukan kewangan dan memberikan sokongan moral untuk masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
Objektif
Memberikan dan/ atau menyediakan pelbagai perkhidmatan Kebajikan, perlindungan Kesihatan dan Pendidikan kepada golongan ibu Tunggal, anak yatim, fakir miskin dan muallaf yang memerlukan dengan kerjasama dengan badan- badan Kerajaan atau bukan Kerajaan.
Objektif
Menggalakkan pengamalan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian dalam membentuk masyarakat Madani dalam mendokong prinsip dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.