Perutusan

Yang Inginkan Fa’izin

Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izin-Nya Laman Sesawang Yayasan Imanulfa’izin (YIF) ini dapat dibangunkan untuk memberikan maklumat berkaitan YIF kepada semua masyarakat.

Saya selaku Pengerusi Yayasan Imanulfa’izin (YIF) dengan ini mewakili seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah ingin memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua yang memberikan komitmen, bantuan dan sokongan bagi melaksanakan semua inisiatif yang telah dirancang. Pencapaian yang ada telah menyaksikan organisasi ini telah mula mengorak langkah menjadi sebuah Yayasan yang mampu untuk mencapai objektif penubuhannya.

Satu permulaan yang baik ini membuktikan YIF komited serta pro-aktif dalam memberikan bantuan kewangan dan sokongan moral bagi menaiktaraf masyarakat melalui bantuan kebajikan, perlindungan, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Selari dengan slogan YIF “Yang Inginkan Fa’izin” sudah semestinya bagi mendepani cabaran YIF perlu terus mengorak langkah dengan memperbanyakkan lagi program-program seiring dengan keadaan semasa dan akan datang.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dan menjayakan program YIF tanpa mengenal erti jemu dan lelah. Semoga Allah s.w.t jua membalasi segala usaha, komitmen dan jasa kita. Aamiin….

Ayuh! Majulah YIF,
“Yang Inginkan Fa’izin”

Haji Ibrahim bin Mat Sin
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Imanulfa’izin Berdaftar

Aspirasi YIF

Assalamualaikum

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT dalam usaha Yayasan Imanulfa’izin (YIF) untuk mengorak langkah menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di dalam dan luar negara.

YIF akan terus berusaha mencapai objek penubuhannya iaitu melaksanakan tanggungjawab membantu meningkatkan taraf hidup di samping memberikan bantuan, sokongan dan sumbangan Kebajikan, Pendidikan, Kesihatan dan Kemanusiaan secara berterusan serta penggalakan pengamalan nilai-nilai Keagamaan.

Kami bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membangunkan masyarakat madani dan generasi masa hadapan yang berjaya.

“Yang Inginkan Fa’izin”

Ustaz Haji Abd Jamil bin Mohd Noor
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Imanulfa’izin Berdaftar